Sunday 4 September 2011

kajian geografi: isu-isu pencemaran alam sekitar





MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) GERIK
PETI SURAT NO. 7,  BUKIT NASAH, KENAYAT, 33300 GERIK, PERAK

TAJUK KAJIAN
ISU-ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR
NUR BAZILAH BT MOHD YUSOFF

KELAS
ALNILAM 1

NAMA GURU
KELIMAN ANAK LAW

TARIKH
27 OGOS 2011



TANDATANGAN PELAJAR                                                    TANDATANGAN GURU

Jadual Kandungan
Isu-isu Pencemaran Alam sekitar Di Malaysia

1.    Penghargaan
2.    Pendahuluan
3.    Takrif
4.    Konsep Pencemaran
5.    Jenis-jenis Pencemaran
5.1. Pencemaran Udara          
·         Konsep
·         Punca-punca pencemaran
·         Kesan-kesan pencemaran
5.2. Pencemaran Air
·         Konsep
·         Punca-punca pencemaran
·         Kesan-kesan pencemaran
5.3. Pencemaran Tanah
·         Konsep
·         Punca-punca pencemaran
·         Kesan-kesan pencemaran
6.    Cara mengatasi
7.    Langkah mencegah
8.    Langkah kawalan
9.    Rujukan/bibliografi
  1. PENGHARGAAN.

Segala puji bagi Allah SAW.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya,para sahabat dan pengikutnya sehingga ke hari kiamat.

Sememangnya penyediaan laporan kajian ini amatlah berat kerana ianya dibuat dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 30 Ogos 2011 dan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 54 yang sedikit sebanyak mengganggu tumpuan untuk mencari bahan-bahan rujukan dan teks yang berkaitan dengan tajuk yang ditetapkan iaitu  ISU-ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA.
Walaupun begitu berkat usaha gigih dan bantuan serta sokongan kawan-kawan yang berkunjung dapatlah saya merangka dan merencanakan isikandungan sebagaimana yang sepatutnya.Akhirnya dapat disiapkan dalam tempoh percutian MRSM.

Jutaan terima kasih terima kasih kepada semua guru-guru MRSM Gerik yang terlibat membantu kami menyediakan laporan ini dengan sebaik mungkin.Disamping itu, terima kasih jua kepada guru geografi, KELIMAN ANAK LAW kerana dengan nasihat dan motivasi untuk tujuan yang sama.

Akhirnya,teguran dari ibubapa saya sangatlah saya hargai bagi memperkemaskan laporan ini.

Kepada Allah s.w.t., kami memohon taufiq dan hidayahNya semoga usaha kami ini sentiasa dalam keredaanNya.

Amin.




  1. PENDAHULUAN.

Dalam usaha kerajaan untuk mencapai negara maju menjelang 2020 dan meningkatkan taraf hidup rakyat kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan.Manusia sering mengabaikan masalah alam sekitar yang timbul akibat aktibiti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar dan boleh mengugatkan kesihatan manusia,sumber ekonomi dan kemusnahan bumi.

  1. TAKRIF PENCEMARAN

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia kedalam persekitaran yang menyebabkan terganggunya keselesaan kehidupan manusia.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan samada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi, aras-aras radiasi atau mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu sesuatu keadaan merbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam dan organism-organisma lain seperti tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikatogerikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam sekitar samada Pencemaran Udara,Pencemaran Air dan Pencemaran Tanah.

  1. KONSEP PENCEMARAN

Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini, konsep pencemaran menjadi kabur.Contohnya,sesuatu sayuran itu tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia didalamnya telah melebihi paras bahaya.Kandungan bahan kimia yang berbeza memberikan paras yang berbeza pula. Lazimnya pengukuran bahan kimia didalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).

  1. JENIS – JENIS PENCEMARAN

5.1       PENCEMARAN UDARA

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar melalui akhbar Utusan Pengguna tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan adalah punca utama pencemaran ini (58.1%).diikuti oleh stesenjanakuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industry(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).


Rajah 1.1 Gambar foto menunjukkan pencemaran udara terhasil dari pembangunan industri.

KONSEP PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,binatang dan benda .Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(samada gas karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, ozon, sulfur oksida, bau-bauan)ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.




PUNCA PENCEMARAN UDARA

a)    Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri, kilang, kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.
b)    Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia sendiri. Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terrancang juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk kepada kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir dua kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan yang menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Rajah 1.2 Gambar foto menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.
Rajah 1.3 Pembebasan asap yang mengandungi sulfur dioksida ke udara

KESAN PENCEMARAN UDARA.

1.   Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernfasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan sedunia(WHO) sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan.
2.   Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.
3.   Haiwan
Haiwan menghadapi ancaman kepupusan atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara
4.   Bahan
Kesan kepada bahan adalah kerosakan berlaku akibat pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Ia berlaku akibat dari penggenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam juga merupakan kesan dari pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.

5.   Penyusutan lapisan ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
6.   Hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan turun ke bumi. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
7.   Kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku dengan kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
8.   Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.









5.2       PENCEMARAN AIR

KONSEP PENCEMARAN AIR

Pencemaran air bererti  perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

PUNCA PENCEMARAN AIR
Antara punca-punca pencemaran air ialah;
a.            Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.
b.            Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
c.            Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini  kerana,penerokaan yang dijalankan  menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh ini akan dimendapkan di sungai dan mencetekkan lagi paras air sungai kesannya, akan berlaku banjir.

Rajah 1.4 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.
Rajah 1.5 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri
Rajah 1.6 Gambar Photo menunjukkan kesan pencemaran di sungau endau,Negeri Sembilan.



Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.
Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar.
Akibatnya,sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut

KESAN PENCEMARAN AIR

1.      Implikasi Kesihatan
Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius.
Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.

a)    Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu.

Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri.
Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.

b)    Kesan Kepada Hidupan Akuatik.
Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah.

Bagaimanapun, pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu. Oleh kerana air dialirkan daripada kilang industri, hampir 15 sehingga 25 miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam sistem penyejuk air.

Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air sungai itu akan meningkat. Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain.
c)    Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpair dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik.
d)    Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, lebih banyak rumpair tumbuh. Kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
e)    Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada kriteria biologikal, kimia dan fizikal.
Berikut adalah senarai yang menjelaskan antara kesan utama daripada pencemaran air:

i)          Campuran terlalu banyak bahan organik dalam air akan menyebabkan ia tercemar dan kekurangan oksigen. Kadar oksigen yang rendah akan membunuh ikan, tumbuhan dan organisma lain.
ii)         Pencemaran biologi termasuk kehadiran bakteria dan pelbagai jenis penyakit lain yang mengandungi mikro organisma.

iii)        Nutrien (zat – seperti nitrogen dan fosforus) hasil daripada aktiviti manusia boleh menyebabkan pencemaran air minuman. Nitrogen dan fosforus daripada ladang haiwan dan racun untuk bidang pertanian menyebabkan pencemaran serius di dalam sungai, tasik dan laut.

iv)        Minyak yang dibuang ke dalam air, seperti ke laut menyebabkan pencemaran air yang serius.

v)         Bahan keluli yang berat seperti raksa, zink dan kadmium juga berbahaya kepada alam sekitar.

vi)        Bahan radio aktif dalam air juga menyebabkan pencemaran air yang serius.

vi)        Keladak adalah antara pencemaran air yang paling utama.















5.3       PENCEMARAN TANAH

KONSEP PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah bererti perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.

PUNCA PENCEMARAN TANAH

Antara punca-punca berlakunya pencemaran tanah ialah:

a)    Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
b)    Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
c)    Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.
d)    Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.
e)    Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .
f)     Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar foto menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur tanah.

Rajah 1.7 Penggalian menunjukkan pencemaran tanah di sebuah loji gas lama
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas














KESAN PENCEMARAN TANAH

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ia juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain.

1.      Kerosakan kualiti tanah.
Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya.

a)    Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.

b)    Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

c)    Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.







2.      Penyebaran Penyakit.

 Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan
perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman
penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau
dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang
penyakit yang serius.

3.      Tanah Gersang.

Pembuangan sisa toksik dan nuklear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami.

a.    Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi .

b.    Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul di dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.






4.      Ancaman Hakisan Tanah.

a.    Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia.
Contohnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan cerun bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat.

b.    Akibatnya, tanah  menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang subur, yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak dan padang ragut menjadi gondol dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang.

5.      Gangguan aktiviti manusia.
Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.




6.      CARA MENGATASI ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR.

Diantara kaedah atau cara-cara mengatasi  isu pencemaran alam sekitar adalah sebagaimana berikut;

a)    Melalui pihak media cetak .
Contoh;
                      i.        kesedaran kepada manusia terhadap pentingnya alam sekitar yang selamat diwujudkan dengan hasil tulisan Racheal Carson yang bertajuk ‘Silent Spring’(1962)
                    ii.        ‘The limits to growth’ laporan dari institut teknologi massachusetts dan kelab alam sekitar ekoran alam sekitar yg tercemar menyatakan seluruh dunia akan musnah pada 20 masihi andai alam sekitar terus tercemar
                   iii.        tindakannya – di Amerika Syarikat  pihak majalah  ‘The Ecologist’ menganjurkan langkah2 untuk menyelamatkan dunia.

b)    Persidangan oleh kuasa-kuasa besar mengenai cara menjaga alam sekitar dari tercemar harus dilaksanakan serta menggubal undang-undang yg baik untuk menjamin kualiti alam sekitar .
Contoh;
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai alam sekitar (UNCHE) di Stockholm(1972).
                      i.               Membincangkan perlu wujud jabatan khas ttg alam sekitar bagi setiap negara ahli
                    ii.               Merangsang ideologi environmentalisme ( ideologi yg meletakkan nilai alam sekitar sebagai matlamat kepada sebarang tindakan manusia)

c)    Memusatkan kawasan perindustrian

d)    Mewujudkan kawasan perawatan sisa industri

e)    Menggunakan alat-alat tertentu untuk memerangkap sisa-sisa yang dikeluarkan oleh industri contohnya pengasing elektrostatik .

7.      LANGKAH  MENCEGAH

  1. Penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin.  Bahan-bahan  aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.  Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. 
Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

  1. Perundangan

Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya,
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.  
Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.

  1. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
    Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.


8.         LANGKAH  KAWALAN  

  1. Pengasing Elektrostatik

Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan partikel udara. Contohnya,
apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu menarik bendasing. Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik partikel-partikel kecil dari udara. Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi cerobong.
Modal experimen adalah seperti berikut. Partikel-partikel kecil tidak dapat dinaikkan.
Oleh itu,  Prinsip Bernoulli terpaksa diaplikasikan.

  1. 'Wet Scrubber'

Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cacair.

  1. Penampalan Ozon

Bahagian ozon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium.
Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.







9.     Rujukan/bibliografi

9.1. Geografi Tingkatan 1,ChongYoon choi,Chong Hui Ling&Kang Chai Yeong
9.2. Kisah Kehidupan Nabi Muhamad s.a.w.,Abu Hikmah al Husni
9.3. http://www.isu-isu/ alam sekitar.com.my
9.4. Nota-Nota Jabatan Alam sekitar Malaysia
9.5. Petikan teks akhbar Berita Harian

No comments:

Post a Comment